Polis buru lelaki s4mun, cederak4n warga emas

Kota Kinabalu: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menyamun warga emas sehingga menyebabkan kecederaan di Kompleks Segama, di sini, pada 22 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun diekori oleh seorang lelaki dari arah belakang ketika pulang dari pasar untuk ke kedai makan diusahakan bersama isterinya.

Menurut sumber, suspek dikatakan menyerang mangsa dengan mengunci leher menggunakan tangan, selain mengacu pisau ke rusuk kiri mangsa.

“Disebabkan terkejut mangsa cuba melepaskan diri dengan menumbuk muka suspek dan berlaku pergelutan hingga mangsa mengalami kecederaan.

“Isteri mangsa yang terdengar suara teriakan suaminya dan melihat pergelutan itu kemudian menjerit meminta tolong.

“Seorang lelaki yang sedang minum keluar untuk membantu sebelum suspek melarik4n diri,” katanya, hari ini.

Katanya, akibat kejadian, mangsa luka di bahagian bawah rusuk kiri dan menerima tiga jahitan.

Menurut sumber, suspek sempat melarikan dompet mangsa yang berisi dokumen penting dan sejumlah wang tunai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata berdasarkan maklumat, suspek berbadan kurus dan tinggi kira-kira 165 sentimeter (sm).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakuk4n samun sehingga menyebabk4n kecederaan,” katanya

 

About Mat Lan Editor

Check Also

Pendakw4an mohon semua kes Muhyiddin dibic4ra bersama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *