Ibu tunggal gigih selamatk4n baju sekolah an4k

KLUANG – Seorang ibu tunggal hanya sempat menyelamatkan dokumen penting dan pakaian sekolah baharu empat anaknya apabila air banjir naik mendadak di rumahnya di Jalan Sawi, Yap Tau Sah, di sini Selasa lepas.

Nor Azimah Ibrahim, 39, berkata kejadian pada waktu malam itu berlaku ketika dia baru pulang kerja dan terus menyelamatkan dokumen serta barangan penting.

Nor Azimah berkata, dia bagaimanapun gagal menyelamatk4n kereta Perodua Kancil miliknya kerana air telah mencecah hingga 0.6 meter.

“Tak sempat nak angkat apa-apa, yang dapat dokumen, baju sekolah. Yang penting sudah beli kelengkapan anak-anak untuk penggal baharu macam beg, kasut… itu yang penting,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Nor Azimah yang mempunyai anak perempuan berusia tujuh, 10, 13 dan 17 tahun berkata, dia bersyukur kejadian kali ini tidak seburuk pada 2006.

“Masa tu (banjir 2006), air naik tinggi sampai paras tingkap, tak sempat nak capai apa-apa, jadi kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang turut dibantu abangnya dan kakak ipar mengemas rumah.

Sementara itu, Idris Kassim, 52, mengakui air yang meningkat terl4lu cepat membuatkan dia dan isteri tidak sempat mencapai apa-apa selain dokumen penting dan buku sekolah anak.

 

Idris berkata dia bagaimanapun sempat mengalihk4n dua motosikal ke tempat tinggi susulan amaran daripada pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, tak teruk berbanding dulu tetapi sebab air naik mendadak, (hanya) dapat selamatkan dokumen penting, buku sekolah anak,” katanya yang berkhidmat sebagai posmen

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments