‘Pergi umrah sekadar konten, berlakon cium kaab4h & promosi produk.’ Dr Kamilin luah rasa bimbang!

‘Pergi umrah sekadar konten, berlakon cium kaabah & promosi produk.’ Dr Kamilin luah rasa bimbang!

Perkara tersebut disuarakan oleh Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Kamilin Jamilin menerusi laman TikTok miliknya.

Beliau mengakui bimbang deng4n situasi tersebut.

 

“Risau melihat trend orang sekarang pergi umrah. Bukan semua, tetapi boleh lihat banyak dalam media sosial kini.

“Dahulu kalau dapat pergi Makkah dan Madinah satu benda yang cukup besar. Ia jadi satu medan keinsafan kalau kita betul-betul terasa dengan keagungan ALLAH dan kemuliaan tanah suci,” kongsi beliau menerusi satu petikan video.

Tambah Dr Kamilin, lazimnya, selepas pulang dari Tanah Suci, ramai yang bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Kini, situasi tersebut berbeza.

“Sekarang macam tak ada apa-apa. Orang yang pulang dari sana macam itu juga.

“Sebahagian artis atau selebriti yang pergi sana lebih kepada sekadar konten. Selfie sana sini, berlakon cium kaabah dan solat bagai,” Ujar pemilik nama sebenar Ahmad Kamil Jamilin.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pengus4ha produk yang mengambil kesempatan di hadapan kaabah.

“Ada juga yang ke sana untuk promosikan produk. Ini banyak kita boleh nampak. Macam produk barakah, tangkap gambar berlatar belakangkan Kaabah.

“Pergi Makkah, Madinah ini macam sekadar pergi melancong sahaja. Bukan untuk beribad4h sangat pun. Ada duit pergi seronok-seronok, tunjuk sana sini dan cari populariti, duniawi. Hilang rasa keagungan ALLAH dalam hati.

“Ke’izzahan dua Tanah Suci itu dah macam tak rasa apa dah. Ibadah haji dan umrah yang besar itu pun macam sekadar tentatif atau konten yang mahu menarik penonton sahaja,” luah beliau lagi.

Gambar sekadar hiasan

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata turut bersetuju deng4n pandangan Dr Kamilin.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments