Sarjan ditah4n disyaki mint4 rasuah

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Bahagian Siasat4n Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut ditahan untuk siasatan berhubung kes rasuah.

Suspek berusia 35 tahun ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Temerloh jam 11.15 malam pada Rabu.

Lelaki tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis untuk perintah reman.

Majistret Tuan Mohamed Shah Reza Noor Azman membenark4n perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula Khamis hingga 8 Mac ini.

Suspek didakwa meminta rasuah RM1,000 sebagai dorongan untuk tid4k lagi mengambil tindakan terhadap anak kepada seorang lelaki yang telah dijatuh hukum atas kesalah4n pertama menyalahgunakan ketum.

Pengadu mendakwa dihubungi sarjan itu pada 28 Februari lalu ketika dia berada di Mahkamah Jerantut atas urusan pembayaran wang denda an4knya itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments