Wanita didakwa cuai sebabk4n kemati4n cucu

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkam4h Sesyen di sini pada Khamis, atas pertuduhan cuai kerana meninggalkan cucu lelakinya berusia dua tahun enam bulan sehingga menyebabkan kematian mangsa bulan lepas.

Nooriza Samsudin, 39, sebagai penjaga kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa cuai dengan meninggalkan mangsa di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhadapan Plaza Medan Idaman di Jalan Gombak, di sini, antara 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang pada 25 Februari lepas, yang menyebabk4n kematian mangsa akibat strok haba.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri menawark4n jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Triperjit Singh yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan sebanyak RM5,000

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi kemudi4n membenarkan Nooriza diikat jamin RM5,000 deng4n seorang penjamin dan menetapkan 20 April untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. – Bernama.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments