KLUANG – Sebuah bengkel kereta DRS Auto di daerah ini menawarkan perkhidmatan memb4ik pulih kereta yang terjejas banjir secara percuma, bagi membantu mangsa yang terkesan bencana itu.
Pemiliknya, Mohammad Naim Yacob, 38, berkata, beliau mengambil inisiatif itu, kerana memahami beban mangsa yang terpaksa menanggung kerugian akibat musnah harta benda dan sebag4inya, akibat bencana itu.
Katanya, beliau tergerak untuk menghulurk4n bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku.
“Saya nak bantu mana-mana kereta yang terkesan akibat banjir, saya akan membantu sec4ra percuma dan semampu yang saya boleh buat, yang penting sampai kereta boleh dihidupkan dan pemilik boleh guna.
“Kalau boleh mana-mana kereta yang dah tenggelam banjir, saya harap jangan hidupkan dulu, telefon saya dan saya akan datang ke tempat mangsa dan baiki sehingga enjin dia hidup semula,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di sini, pada Jumaat.
Bapa kepada tiga orang anak itu, kini telah menerim4 sebanyak tiga kereta yang dimasuki air banjir.

“Saya anggarkan boleh baiki anggaran 10 kereta satu hari, bergantung p4da masa dan jenis kerosakan.