PORT DICKSON – Dua lelaki warga Myanmar berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan selep4s didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini pada Jumaat atas pertuduh4n membunuh seorang lelaki bulan lalu.
Tertuduh, Yan Mai, 19, dan Maung Piaw, 19, yang merupak4n pekerja buruh hany4 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.
Bagaimanapun tiada sebarang pengaku4n direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didapati membunuh Low Seng Poh, 44, pada 18 Februari 2023 antara jam lebih kurang 12.15 tengah malam hingga 2 pagi di kebun bu4h naga, Tanah Merah Site A di Port Dickson.
Berikutan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapk4n 3 Mei depan untuk sebutan semula kes.