Desak peruntukan sam4 rata kepada semu4 wakil rakyat

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) mendesak keraja4n negeri menyalurkan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat di negeri ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, desakan itu selaras dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail seperti dal4m ucapannya pada Pemukiman ADUN Pahang di Cameron Highlands sebelum ini.

Menurutnya, hasrat itu turut dinyatakan Wan Rosdy dalam ucapan pada majlis angkat sumpah sidang DUN yang pertama.

“Kami juga meminta kerajaan negeri menyegerakan sidang DUN yang dijadualkan Mac ini namun ditangguhkan sehingga Mei tanpa alasan munasabah.

“Kami melihat kerajaan negeri seolah tidak serius untuk mengad4kan sidang DUN walaupun negeri berdepan dengan pelbagai isu besar yang memerlukan perbincangan dan keputusan penting dibuat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tuan Ibrahim berkata, ADUN PN meminta sidang DUN diadak4n mengikut jadual asal seperti yang dikeluarkan sebelum ini.

 

Menurutnya, desakan itu dibuat hasil dapatan dalam permukiman ADUN PN yang diadakan di sini pada 27 Februari lalu.

Permukiman itu diadakan bagi membincang pelbagai isu di Pahang khususnya dalam mengukuhkan peranan ADUN PN dalam mengangkat isu rakyat dan pembangunan negeri.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments