Sarjan m4ti ditembak: PDRM dal4m tindakan mohon inkues

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohon4n inkues berhubung kes anggota polis berpangkat Sarjan yang ditemui maut dengan tiga kesan tembakan di Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 19 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sedang menyediakan dokumen berkaitan kes itu untuk permohonan berkenaan.

“Insiden itu sangat mendukacitakan, daripada sudut siasatan kita ambil maklum bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 di sini pada Jumaat.

Acryl Sani berkata, polis Pulau Pinang sudah melengkapkan siasat4n dan menerima laporan patologi serta hasil bedah siasat.

“Kini mereka sedang menyediakan dokumen sepatutnya untuk buat (mohon) inkues berhubung insiden itu bagi mengenal pasti apa punca kematian,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya dimaklumkan anggota berkenaan pernah menghadapi masal4h keluarga.

“Namun, atas sebab dan perkara yang tidak dapat dielakkan, insiden ini berlaku. Kita pun tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, dari segi prosedur operasi standard (SOP) pengendali4n senjata, perkara itu sudah termaktub sekian lam4 dan dipatuhi sewajarnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments