Sempat tangkap 500kg hasil laut sebelum dicekup

GEORGETOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menangkap lima nelayan warga Myanmar selepas menahan sebuah bot nelayan tempatan pada jam 8.55 pagi, Khamis.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua nelayan termasuk tekong bot berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu ditahan ketika pihaknya sedang menjalankan rondaan rutin dalam Op Pertiwi dan Op Tanjung.

Menurutnya, penahanan itu dibuat oleh Kapal Maritim Malaysia ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda.

“Kita mendapati bot tersebut sedang menangkap ikan pada kedudukan 27 batu nautika barat laut Pulau Kendi. Pemeriksaan awal mendapati, bot dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru kesemuanya warga Myanmar.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kelima-lima nelayan warga asing itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kelulusan penggunaan kru bukan warga tempatan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, pemilik bot pula disyaki melakukan kesalahan kerana membenarkan warga asing tinggal dalam bot kepunyaannya dan gagal memasang alat pengesan vesel (VMS).

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments