17 maut, 50 ceder4 depoh bahan api terbak4r di Jakarta

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 50 lagi cedera selepas kebakar4n besar berlaku di depoh bahan api di Plumpang, Jakarta Utara malam tadi.

Kebakaran berlaku di depoh bahan api syarikat minyak milik kerajaan, Pertamina kira-kira 8.20 malam yang menyebabkan beberapa siri letupan kedengaran sehingga kira-kira satu kilometer.

Penduduk di kawasan kejiranan Koja terpaksa meninggalkan rum4h mereka selepas kebakaran merebak, kata Ketua Polis Jakarta Utara Gidion Arif Setyawanan.

Mangsa yang mengalami kecederaan teruk akibat melecur telah dibaw4 ke beberapa hospital berdekatan.

Kira-kira 250 anggota bomba, 51 jentera dan puluhan ambul4ns dihantar ke lokasi kejadian, kata ketua jabatan bomba bandar itu, Satriadi Gunawan.

Pihak berkuasa juga mengerahkan anggota polis dan tentera untuk membatu usaha memad4m kebakaran dan memindahkan penduduk. Kebakaran dapat dipadamkan sekitar 10.30 malam.

Jurucakap Pertamina Eko Kristiawan berkata kejadian itu tidak menjejask4n bekalan kerana kebakaran berlaku di kawasan luar laluan saluran paip bahan api.

Pertamina Plumpang mempunyai kapasiti 300,000 kiloliter dan membekalkan 25 peratus keperluan bahan api Indonesia, khususnya untuk kawasan Jabodetabek. Pada 2009 depoh itu pernah mengal4mi kebakaran yang meyebabkan seorang terbunuh. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments