ISU kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini bukanl4h perkara baharu yang mendap4t perhatian daripada pelbagai pihak.
Ia isu lapuk yang saban tahun berlaku dan diburukkan lagi dengan kemasuk4n PATI berstatus pelarian, kononnya mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuh4n Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Aliran kemasukan PATI yang kencang dipercayai berpunca daripada habu4n lumayan ditawarkan oleh sindiket pemerdagangan manusia kepada ejen laut dan darat, sekali gus menyebabkan aktiviti tersebut sukar dibendung oleh pihak penguat kuasa.
Laporan akhbar mengenai kadar upah RM3,000 satu kepala untuk menyeludup masuk pendatang etnik Rohingya di beberapa pangkalan haram di Sungai Golok dekat Tumpat, Kelantan baru-baru ini membuktik4n bahawa aktiviti tersebut semakin menjadi-jadi.
Justeru, sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindak4n paling keras dengan melaksanak4n hukuman sebat atau rotan mandatori kepada individu yang bersubahat membawa masuk PATI ke dalam negara.
Ini kerana pelaksanaan hukuman dan penalti sedia ada seolah-olah tidak memberi sebarang kesan kepada individu yang bersekongkol dalam aktiviti tersebut.
Mungkin hukuman sebat enam kali bagi setiap seorang PATI yang diseludup boleh memberi pengajar4n kep4da orang lain supaya berfikir dua kali untuk tidak melakuk4n perkara sama.
Cuba bayangkan, jika jumlah PATI yang diseludup ialah 10 orang, si pelaku sudah tentu menerima sebatan sebany4k 60 kali sepanjang tempoh tahanan di penjara.