Khemah di pantai PD: Tak semua terg4nggu, masih ad4 permintaan

PORT DICKSON – Isu khemah biru di pantai Teluk Kemang di sini bukanl4h perkara baharu dan sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, bagaimanapun pihaknya membenarkan kira-kira 40 pengusaha khemah sewa di pantai terbabit meneruskan perkhidmatan mereka kerana adanya permintaan.

“Bukan semua pengunjung yang rasa terganggu deng4n perkhidmatan khemah di situ kerana ada yang memang memerlukan kemudahan itu untuk mereka berkelah dalam keadaan yang lebih selesa.

“Tapi saya tidak nafikan kehadiran banyak khemah di situ membuatkan pengunjung rasa pemandangan mereka terganggu terutama apabila orang ramai bila cuti panjang atau hujung minggu berbanding hari biasa, ” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau juga mengakui sebelum ini pengusaha khemah akan membiark4n khemah mereka dipacak di situ seolah-olah itu adalah tempat mereka.

 

Pemandangan udara di sekitar persisiran pantai peranginan Port Dickson. - Foto Bernama
Pemandangan udara di sekitar persisiran pantai peranginan Port Dickson. – Foto Bernama

 

Bagaimanapun katanya, sejak peraturan dan penguatkuasaan dilakuk4n, kebanyakan pengusaha akur.

“Penguat kuasa kita juga akan melakukan pemantauan setiap hari di kawasan pantai dan jika didapati ada pengusaha yang ingkar dengan peraturan itu, khemah mereka akan dirampas atau disita.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments