KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahk4n kerajaan yang dipilih dapat mentadbir urus negara secara bijaksana melalui mekanisme yang tidak menyeleweng serta jauh daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Baginda bertitah, rakyat semakin celik huruf mengutamakan faktor integriti, aman4h dan ketelusan selain mahukan pemimpin menunjukkan sikap lebih sedia mendengar daripada sikap hanya mahu didengari.
Titah baginda, rakyat semakin lantang mendedahkan isu rasuah dan menolak pemimpin yang menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, mengumpul kekayaan untuk ahli keluarga atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan.
“Rakyat sudah terlalu lemas dan berasa amat jijik melihat perlaku4n rasuah. Rasuah ialah barah yang menjadi punca kepada berlakunya keruntuhan moral, penindasan, kezaliman, pencemar4n, bencana alam, pengangguran dan kemiskinan.
“Forum Ekonomi Dunia 2019 menamakan rasuah sebagai cabaran paling besar yang anak muda hadapi. Generasi muda merupakan mangsa yang telah digelapkan masa hadapan mereka kerana perbuatan pemimpin yang rasuah.
“Amalan-amalan perolehan yang mencetuskan banyak tanda tanya dan skandal-skandal kewangan telah mencontengkan arang di wajah negara. Keaibannya ditanggung dengan harg4 mahal oleh setiap warga yang berurus4n dengan negara luar,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Istiadat Menghad4p Sembah Taat Setia dan Penganugerah4n Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.