KUALA LUMPUR – Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi simpanan konvensional dan simpanan syariah yang lebih rendah pada 2022 adalah dalam lingkungan seperti yang dijangka, menurut pakar ekonomi.
Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 5.35 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2022 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion manakala dividen 4.75 peratus untuk simpan4n shariah dengan jumlah pembayaran RM5.70 bilion.
Ini menjadikan jumlah pembayaran keseluruh4n untuk 2022 sebanyak RM51.14 bilion yang memanfaatkan 15.72 juta ahli.
Pada 2021, KWSP mengumumkan dividen 6.1 peratus bagi simpanan konvensional manakala 5.65 peratus bagi simpanan shariah.
Bagaimanapun, kadar pada 2022 telah melebihi dividen pada 2020 iaitu 5.20 peratus (konvensional) dan 4.90 peratus (shariah).
Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar dividen untuk 2022 tidaklah mengejutkan memandangkan pasaran kewangan yang terjejas teruk disebabkan beberapa kejutan.
Beliau berkata, kenaikan mendadak Kadar Dana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah mengejutkan banyak pihak berikutan Pengerusi Fed berpendapat bahawa kenaikan inflasi adal4h sementara, namun, mengubah strategi pada 2022 dan tampil agresif dalam memerangi kadar inflasi.
“Peperangan di Ukraine yang bermula pada Februari 2022 telah menyebabk4n harga makanan naik mendadak sekali gus menambahkan lagi gangguan terhadap rantaian bekalan akibat Covid-19.