Hadiri kursus kesedar4n sivik sebelum ambil kunci rum4h PPR

KUALA LUMPUR – Bermula tahun ini, individu bakal memiliki rumah berstrata di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi memberi kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab mengenai hidup berkomuniti dan adab kejiranan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kursus berkenaan akan meliputi taklimat mengenai pentingnya membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme.

“Kesedaran sivik yang tinggi akan menjadikan komuniti tersebut lebih mesr4 alam dan mesra komuniti.

“Sebab itu mereka perlu hadir kursus kesedaran sivik kerana semua pihak perlu faham apabila kita menikmati kemudahan (disediakan di perumahan) ada juga tanggungjawabnya oleh penghuni. Oleh itu, sebelum ambil kunci rum4h kena hadir kursus,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

PPR adalah program kerajaan untuk penempatan semula setingg4n dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang dilaksana Jabatan Perumahan Negara.

Ia terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki, yang kedua-duanya menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

 

Bagaimanapun, terdapat banyak isu dikaitkan dengan mereka yang tinggal di kawasan PPR seperti vandalisme, kebersihan, membuang sampah dari tingkat atas dan adab kejiranan sehingga turut dilaporkan dalam media tempatan.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan semua PPR sedang diranc4ng turut merangkumi unsur-unsur komersial seperti memiliki kedai serbaneka dan kemudahan perbankan, selain utiliti asas seperti internet, elektrik dan air bagi menambah daya tarikan terhadap PPR berkenaan.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments