KUALA TERENGGANU – Jumlah terimaan bukan hasil keraja4n negeri Terengganu dijangka berkurangan antara 60 hingga 70 peratus sekiranya Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang juga dianggap sebagai royalti petroleum disekat daripada disalurkan ke negeri itu.
Pensyarah Ekonomi dan Penganalisis Teknikal, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangun4n Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Zairihan Abdul Halim berkata, royalti hasil petroleum sebelum ini amat diperlukan oleh kerajaan negeri untuk mengekalkan momentum rangsangan aktiviti ekonomi melalui perbekalan dan perbelanjaan pembangunan negeri.
Jelas beliau, keperluan terhadap dana itu lebih mendesak pada tahun ini ekoran persekitaran ekonomi domestik yang dijangka terus mencabar kesan daripada beberapa faktor makroekonomi terutam4nya kejutan penawaran makanan dan tenaga sumber asli.
“Pengiraan anggaran hasil kerajaan negeri Terengganu beberapa tahun lalu memberi gambar4n jelas tentang kebergantungan kapasiti bajet negeri terhadap komponen Terimaan Bukan Hasil yang mana royalti petroleum menyumbang hampir 70 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil kerajaan negeri.
“Jika sekatan dana royalti petroleum atau DKKP dilaksanakan ke atas Terengganu, pengurangan 60 hingga 70 peratus daripada jumlah hasil kerajaan negeri akan pasti memberikan kesan berskala besar terhadap kedudukan fiskal kerajaan negeri dalam jangka pendek dan sederhana,” katanya ketika dihubungi, di sini, pada Ahad.
Beliau menjelaskan, perkongsian hasil sumber asli khususnya petroleum menj4di faktor perdebatan hangat dalam konteks hubungan politik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri pengeluar petroleum di Malaysia sejak dua dekad lepas.
“Sebagai pusat industri petroleum di semenanjung Malaysia, DKKP yang juga dianggap sebagai royalti dari hasil petroleum sebelum ini amat diperlukan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk mengekalk4n momentum ransangan aktiviti ekonomi melalui perbekalan dan perbelanjaan pembangunan negeri.
“Kekangan belanjawan akan membatasi keupayaan kerajaan negeri dalam rangka menang4ni isu-isu sosioekonomi melalui perbelanjaan pembangunan sektor sosial dan ekonomi yang berpandukan kepada Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030,” katanya.