SEMALAM, Merak Jalanan membawa keluarga membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan sebagai persiap4n menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal jatuh pada penghujung April depan.
Bukan apa, Merak Jalanan tak sanggup nak membeli-belah dalam keadaan bersempit-sempit pada bulan Ramadan nanti. Jadi, rasanya sekarang inilah waktu yang sesuai untuk memilih baju raya mana berkenan di mata.
Merak Jalanan ingatkan pada waktu ini tidak ramai orang dat4ng ke Nilai 3. Maklum sahajalah, raya lambat lagi, bulan puasa pun belum masuk. Sudah tentu tidak ramai ada keinginan buat persiapan raya.
Rupa-rupanya sangkaan Merak Jalanan silap. Nilai 3 termasuk di bahagian baju wanita dan tudung ramai penuh dengan pelanggan. Nak cari parkir kereta pun terpaksa pusing dua, tiga kali.
Merak Jalanan sempat bertanya seorang pelanggan lelaki yang dat4ng bersama satu keluarga membeli-belah. Dia pun beri alasan sama, tak mahu bersesak waktu Ramadan nanti.
Katanya, tak sanggup nak membeli persiapan raya ketika sed4ng berpuasa. Lagipun kaum-kaum isteri biasa akan mengambil masa lama untuk memilih baju, karpet atau langsir.
Lebih menguntungkan, katanya, harga sebelum Ramadan bias4nya lebih mur4h berbanding membeli pada saat-saat akhir menjelang hari raya. Anak-anak pun tidak pen4t dan boleh berhenti makan minum jika penat.
Merak Jalanan setuju dengan pendapat itu. Bak kata or4ng, ‘beli awal tak kalut’.
Cuma, ketika membeli-belah waktu sekar4ng ini, mungkin agak ‘berhantu’.