KUANTAN – Majoriti ibu bapa mengakui harga kelengkapan sekolah naik secara mendadak di kebanyak4n pusat beli-belah di daerah ini.
Tinjauan Sinar Harian beberapa kedai dan pusat pakaian sekitar kawas4n ini mendapati ibu bapa sibuk membeli baju, kasut dan beg sekolah untuk anak masing-masing.
Rata-rata mereka mendakwa terpaksa membelanjak4n antara RM200 hingga RM300 bagi membeli kelengkapan sekolah untuk seorang anak.
Penjawat awam, Rabihah Hazmah, 44, mengakui terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi tujuan tersebut.
Ibu kepada empat anak itu berkata, hampir RM300 dibelanjakan bagi membeli pakaian seragam bagi setiap seorang anaknya.
“Saya anggarkan RM300 bagi seorang anak dan itu hanyalah untuk kelengkap4n pakaian sahaja tidak termasuk alat tulis, buku dan sebagainya.
“Tapi untuk sesi kali ini, perbelanjaan berkurang4n sedikit disebabk4n saya sudah beli secara berperingkat-peringkat kelengkapan sekolah mereka.
“Kalau beli sekali gus terasa membebankan tambahan pula harga barang4n seperti baju, kasut dan beg sekolah berlaku peningkatan antara RM2 hingga RM3 berbanding tahun lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah pasar raya di daerah ini pada Ahad.
Senada dengan itu, Zakaria Man,42, pula berkata, perbelanjaan persekolah4n pada kali ini meningkat kerana perlu membeli pakaian baharu untuk dua anaknya.
“Anak sulung saya darjah empat dan bongsu pula darjah satu. Sesi sekolah ini, saya kena beli pakaian baharu untuk anak sulung kerana pakaian lama sudah lusuh, manakala adiknya semua beli baharu sebab sudah masuk sekolah rendah.
“Jadi hari ini (Ahad) saya hanya beli separuh sahaja daripada barangan mereka iaitu baju sekolah, baju Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), tudung dan lain-lain,” katanya.
Penjawat awam itu memaklumkan, pada tahun lalu perbelanjaan secara kasar hampir RM200 untuk seorang an4k, namun sesi kali ini naik hampir sekali ganda.
Justeru, Zakaria menyarankan ag4r kerajaan menaikkan gaji pekerja dan bantuan lain bagi mengurangkan beban rakyat.
Sementara itu, kerani sebuah syarikat swasta, Maisarah Khazali, 35 mengharapk4n pemantauan secara berterusan oleh pihak berkaitan bagi memantau harga jualan berkaitan barangan keperluan persekolahan.
Ibu kepada dua anak berkata, ini kerana harga barangan berkaitan keperluan sekolah ketika ini jauh berbeza berbanding tahun lalu.
“Kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana setiap tahun harga barang kelengkap4n sekolah naik dan situasi ini membebankan ibu bapa khususnya golongan B40.
“Walaupun ada BAP RM150 yang disalurkan, ia sebenarnya tidak mencukupi kerana harga sepasang pakaian seragam jenama biasa boleh mencecah sehingga RM50 hingga RM60 sepasang,” katanya yang terpaksa membelanjak4n hampir RM500 untuk kelengkapan dan yuran sekolah anaknya.