PUTRAJAYA – Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negar4 meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam situasi semasa, kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan dalam bulan ini namun beliau akan memberikan perkembangan positif mengena4 negara pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis ini.
“Masa penggulungan, saya akan memberikan beberapa gambar4n yang positif, yang baik dari segi hasil kita dari segi pendapatan negara, dari segi jumlah pelaburan yang sebenar, bukan MoU (perjanjian persefahaman),” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.
Anwar berkata, berdasarkan pemerhatiannya didapati jentera penjaw4t awam di peringkat Persekutuan dan negeri dalam pengurusan banjir di Johor telah bertindak pantas, yang membuktikan kewibawaan golong4n penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana tanpa perlu menunggu arahan.
“Ini maknanya ada kesedaran dalam kalangan semua peringkat khususnya penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas dan pantas. Ini kerana orang yang mengalami masalah tidak sama seperti kita, mereka tidak mampu tunggu berhari-hari,” katanya.
Anwar turut berharap momentum sama dikekalk4n oleh penjawat awam bagi tujuan siap siaga sekiranya berl4ku bencana banjir di Sarawak.