‘Banjir terburuk, h4rta benda ros4k lagi’

JOHOR BAHRU – Biarpun telah dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing berikut4n penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Pueri (MBIP) pada Isnin, namun rata-rata mangsa banjir dari tiga kampung di Skudai menyuarakan kebimbangan terhadap kerosakan harta benda akibat banjir.

Biarpun ia bukanlah kali pertama banjir melanda Kampung Laut, Kampung SK dan Kampung Sepakat Baru, namun kali ini banjir disifatkan paling teruk hingga menenggelamkan banyak harta benda berharga seperti motosikal dan kereta termasuk perkakas elektrik di dalam rumah mereka.

Situasi itu membuatkan ramai di kalangan mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian akibat bencana tersebut.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Tusiran, 34, berkata, pada malam kejadian (banjir), dia sedang tidur di rumahnya dan ketika sedar air dilihat sudah mula memenuhi rumahnya.

Katanya, ketika itu dia hanya mencapai apa sahaja barangan yang ada di depan mata sebelum segera keluar dari rumah berkenaan.

“Masa banjir tu tengah tidur… memang ‘seram’ juga sebab tengok banyak barang dah tenggelam masa tu. Tak boleh buat apa dah, dulu tak macam ni, tapi sekarang ni kereta pun air ‘naik’ juga.

“Saya di sini pun dah dekat seminggu jugaklah dan itu yang buat risau dengan barang-barang kat rumah tu… tapi rasanya memang dah tak dapat diselamatkanlah.

“Air pun dah naik tinggi dan tenggelam habis.. ini pun boleh balik ni memang kena bersihkan semua, mana yang boleh pakai kita simpan yang tak boleh pakai terpaksa buang je lah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Untuk rekod, Abdul Rahim merupakan sebahagian daripada 330 mangs4 daripada 85 keluarga yang ditempatkan di PPS bekenaan susulan banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Pendapat itu turut dipersetujui oleh penduduk Kampung Sepakat Baru, Sobariah Ahmad, 41 yang meng4kui risau terhadap barang-barang yang ditinggalkannya ketika berpindah ke PPS berkenaan.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments