Jemaah umrah tak dap4t pulang, masih terkand4s di Makkah

ALOR SETAR – Lebih 30 jemaah umrah warga Malaysia yang sepatutnya pulang ke tanah air tiga hari lepas berhadapan pengalaman pahit apabila masih terkandas di Arab Saudi.

Menurut seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Am, mereka sepatutnya dijadualkan berlepas pulang ke Malaysia pada 4 Mac lepas.

Bagaimanapun, mangsa berusia lingkungan 40-an memaklumkan, perancangan itu tergendala apabila penerbangan pulang telah ditunda kepada 6.40 petang Selasa (waktu Malaysia 11.40 malam).

“Kami mula terkandas setelah daftar keluar dari sebuah hotel di Makkah pada Sabtu lepas. Kemudian, kami dipindahkan ke sebuah hotel lain dari 4 hingga 5 Mac, sebelum dipindahkan pula ke sebuah hotel bajet di Jeddah dari 5 hingga 7 Mac.

“Secara keseluruhannya, kami terkandas selama tiga hari sehingga saya terpaksa melanjutkan tempoh cuti disebabkan terkandas di sini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Cik Am memaklumkan, terdapat tiga rombongan yang berlep4s ke tanah suci dari 21 hingga 23 Februari lepas di bawah khidmat syarikat pengurusan umrah terbabit

Menurutnya, jemaah yang datang pada 21 Februari dan 23 Februari telah mendapat tiket pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan umrah.

Tambah Cik Am, mereka yang merupakan peserta dari kumpulan yang dat4ng pada 22 Februari baru sahaja menerima tiket untuk pulang pada Selasa.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments