Jualan Rahmah b4ntu isi rumah jimat sehingg4 RM100 sebulan

KUALA LUMPUR – Inisiatif Jualan Rahmah yang dilaksanakan Kementerian Perdagang4n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bermula 11 Januari lepas membantu pengguna kelompok B40 dan miskin tegar berjimat hingga RM100 sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu juga mendapat sokongan dan dukungan daripada pasar raya terkemuk4 seperti Mydin, 99 Speedmart, Lotus dan AEON Big.

“Kajian mendapati 20 barangan asas terutama kepada golongan B40 dan miskin tegar yang dibeli melalui Jualan Rahmah di pasar raya ini, pengguna dapat berjimat darip4da RM20 hingga RM24 sekali berbelanja.

“Maknanya, kalau isi rumah itu berbelanja untuk keperluan keluarga sebanyak lima kali sebul4n, bermakna dia dapat berjimat hampir RM100 sebulan,” katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Kee Chin dalam soalannya ingin tahu secara terperinci bagaim4na Jualan Rahmah yang dilancarkan pada 11 Januari lepas dilaksanakan dan adakah inisiatif itu mendapat sambutan daripada pasar raya atau kedai di seluruh negara dan keberkesanan inisiatif berkenaan dalam mengurangkan kos sara hidup setakat ini.

Salahuddin berkata, inisiatif Jualan Rahmah bukan sahaja memb4wa faedah kepada pengguna malah memberikan pulangan kepada pasar raya yang terlibat dengan usaha tersebut.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments