Kantoi sorok 7,140kg miny4k mas4k peket tepi rumah

PASIR MAS – Tindakan seorang lelaki menyorok 7,140 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di tepi rumah terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagang4n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Pasir Mas di Kampung Jal Kechik, Tumpat dekat sini pada Isnin.

 

Dalam serbuan jam 4.30 petang itu seorang lelaki berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas, Suhaimi Abas berkata, bertindak atas maklumat awam sepasukan anggota telah mengesan sebuah rum4h yang dipercayai menyimpan dan memiliki barang kawalan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan tepi rumah berkenaan telah menjumpai minyak mas4k peket 1kg bersubsidi yang disimpan di tepi rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, nilai rampasan dan anggaran barangan bersubsidi itu dianggarkan berjumlah RM17,860.

Ujarnya, kes tersebut disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Suhaimi memberitahu, pihaknya memberi amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini akan berdepan tindakan tegas.

“Dalam masa yang sama juga kita sentiasa mempergiatkan lagi usaha dengan mengadak4n pemantauan rondaan pencegahan penyelewengan subsidi di sempadan negara dari masa ke semasa,”

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments