PM m4hu MoF digeruni keran4 prinsip tata kelola tegas

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementeri4n Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas.

Berucap pada majlis perhimpunan MoF di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewang4n tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.

Beliau berkata, warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memungg4h kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.

“MoF perlu digeruni kerana tata kelola yang tegas.

“Saya harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintar4n, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.

Anwar berkata, MoF harus memantau prinsip kewangan yang lebih telus kerana ia satu misi bes4r kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

“Soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas, maka negara ak4n gagal,” katanya menambah Kerajaan Perpaduan pimpinannya tekad untuk membangunkan Malaysia supaya menjadi hebat bukan sahaja di rantau ini, malah di dunia. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments