PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak perlu menghorm4ti dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengen4i larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditemui media selepas mengh4diri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini berkata, soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kep4da semua pihak termasuk dirinya.
Menurutnya, beliau akan mengelak untuk memberikan tazkirah atau ceram4h di masjid, jika dijemput bagi menghormati larangan tersebut.
“Dalam menghormati arahan, saya mengelak (beri tazkirah atau ceramah) apabila singgah di masjid setiap Jumaat untuk bersolat dan hanya bersalaman serta beramah mesra dengan para jemaah yang 4da,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 4 Mac lepas yang menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau, sebaliknya menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercak4p mengenai politik Islam.
Sementara itu mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa PN berhak merancang merampas kerajaan, Anwar berkata, ia adalah naratif Abdul Hadi.
Semalam Abdul Hadi dilaporkan berkata, usaha merampas kerajaan daripada parti memerint4h perkara biasa dalam politik, sama ada menerusi undi tidak percaya, akuan berkanun atau penyokong kerajaan berp4ling tadah. – Bernama