‘Baliklah Kak Ng4h Pijah, abah tunggu…’- 5 hari adik hilang dihanyutk4n arus, kakak tak putus berdoa

‘BALIKLAH Kak Ngah….’-Demikian luahan Nur Wahida Zailan, 25, selepas adiknya, Nur Hafizah Zailan, 23, dihanyutkan arus ketika melalui sebuah jambatan gantung untuk menyeberangi sungai di Kampung Aur, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Perit kehilangan orang tersayang tetapi lebih parah apabila jasadnya ti4da di depan mata. Video meruntun hati bapa mereka, Zailan Abu Mani, 49, menunggu di lokasi pencarian meruntun hati warga m4ya hingga menerima 1.4 juta tontonan di platform media sosial.

Media melaporkan kejadian menimpa Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli, Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) itu berlaku pada 3 Mac lalu apabila dia dan bapa saudaranya pulang ke rumah untuk mengambil kucing peliharaan kira-kira jam 4 pagi. Perjalanan pulang ke rum4h memerlukan mereka melalui sebuah jambatan gantung.

 

Nur Hafizah yang merupakan guru Al-Quran mempunyai personaliti yang disenangi orang sekeliling.

“Masa tu adik nak ambil kucingnya. Kami sudah pindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada pukul 12 tengah malam,” jelas kakak sulung, Nur Wahida.

Cuaca yang ketika itu gelap dan tanpa disedari air deras sudah melimp4h ke atas jambatan menyebabkan Nur Hafizah jatuh ke dalam sungai dan dibawa arus.

“Pada mula-mula jambatan jatuh, mangsa masih berada di jambatan. Apabila dibadai ombak kedua mereka berdua terus hilang.

“Pakciknya berjaya melonjak timbul lebih kurang 20 meter dari jambatan,” jelas saksi.

Lima hari berlalu, pelbagai usaha mencari dan menyelam4t (SAR) dilakukan pasukan penyelamat dan orang kampung biarpun menghadapi kekangan cuaca.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments