Keluarga atlet mati lem4s terima pampas4n RM50,000

KELUARGA atlet lawan pedang Terengganu, Allahyarham Muhammad Amirul Zulkafli yang meningg4l dunia akibat lemas pada 2020, menerima pampas4n daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berjumlah RM50,000 hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Buk4n Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pampasan adalah melalui skim perlindungan insurans kemalangan secara berkelompok yang dicarum untuk semua atlet dan pegaw4i di bawah jabatan itu.

“Wal4upun kejadian tersebut berlaku di luar waktu latihan atau kejohanan, arwah tetap layak menerima insur4ns berkelompok kerana perlindungan yang kita ambil adalah bagi tempoh 24 jam,” katanya selepas menyampaik4n pampasan itu di kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Amirul di Kampung Telaga Daing di sini hari ini.

Menurut Wan Sukairi, semua atlet MSNT dilindungi insurans sebagai persediaan sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini terhadap mereka.

Allahyarham Muhammad Amirul yang pernah mewakili Terengganu dalam acara lawan pedang pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, lemas ketika mandi bersama rakannya di Pant4i Tanjung, Seberang Takir berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini pada 21 Ogos 2020.

Sementara itu, ibu arwah, Hasmaliza Omar, 40, berkata, dia tidak menyangka insurans tersebut diluluskan kerana kejadian tersebut berlaku lebih dua tahun lepas dan berasa amat bersyukur kerana wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan infak dan kerja kebajikan bagi pihak arwah.

“Saya memang tidak menaruh harapan terhadap insur4ns tersebut kerana arwah meninggal dunia bukan ketika menjalani latihan atau kejohanan.

“Dua minggu lepas seorang kakitangan MSNT ada hubungi untuk maklum bahaw4 insurans tersebut telah diluluskan. Kami suami isteri memang terkejut dan sebak kerana teringatkan arwah,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments