Pelaburan RM264.6 bilion t4hun lalu, wujud 140,370 pelu4ng kerja

KUALA LUMPUR – Malaysia meluluskan pelaburan berjumlah RM264.6 bilion pada 2022, dengan sektor perkhidm4tan menjadi penyumb4ng terbesar, diikuti oleh sektor pembuatan dan utama.

Sektor perkhidmatan menyaksikan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM154 bilion atau 58.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2022.

Sementara itu, pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan berjumlah RM84.3 bilion (31.9 peratus) dan industri utama RM26.3 bilion (9.9 peratus), kata Menteri Perdagang4n Antarabangsa dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah pelaburan yang diluluskan itu adalah rekod kedua terbes4r yang pernah dicatatkan selepas 2021.

“Terdapat dua pelaburan besar ‘one-off” pada 2021 daripada Intel dan Risen Energy Co Ltd dari China,” katanya kepada pemberita semasa sidang media Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai prestasi pelaburan Malaysia 2022.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 61.7 peratus atau RM163.3 bilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 38.3 peratus atau RM101.3 bilion.

Beliau menambah, pelaburan yang diluluskan tahun lep4s dijangka mewujudkan 140,370 peluang pekerjaan di negara ini.

China menyumbang FDI terbesar sebany4k RM55.4 bilion, diikuti oleh Amerika Syarikat (RM29.2 bilion), Belanda (RM20.4 bilion), Singapura (RM13.5 bilion) dan Jepun (RM11.4 bilion).

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments