Tak galak berbuk4 tepi Sungai Kelantan, bimb4ng pencemaran

KOTA BHARU -Rakyat tidak digalakkan untuk berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini kerana dibimbangi mencemarkan lokasi itu dengan sampah-sarap dan sisa makanan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun terdapat cadangan supaya tidak membenarkan orang ramai berbuka puasa di situ, namun pihaknya tidak boleh berbuat demikian berikutan tanah tersebut bukan hak milik kerajaan negeri sebaliknya dimiliki sebuah syarikat persendirian.

“Jadi, hak memberi larangan atau tidak adalah di tangan pemilik tanah.

“Cuma isu yang berbangkit ketika ini ialah masalah kebersihan berdasarkan pada Ramadan sebelum ini, sebahagian pengunjung tidak menjaga kebersihan selepas selesai berbuka pu4sa,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Menurut beliau, isu kebersihan menjadi masalah utama sehingga isu itu dibangkitk4n oleh beberapa pihak dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengawal kebersihan di lokasi tersebut.

“Setakat ini, belum ada sebarang keputusan untuk menyekat orang ramai dan semua keputusan bergantung kepada pemilik tanah sendiri.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak bermaksud menggalakkan aktiviti berbuka puas4 di tepi Sungai Kelantan kerana kami sudah menyediakan Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,” katanya.

Program Madinah Ramadan turut menyediak4n makan4n percuma pada setiap hari dan lengkap dengan kemudahan untuk solat serta sebagainya.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments