Berhenti kerja jaga isteri strok, an4k OKU

SEREMBAN – Berat ujian buat seorang suami apabila isteri yang selama ini menggalas tanggungjaw4b sepenuhnya mengurus anak orang kurang upaya (OKU) mereka di rumah, kini terlantar sakit akibat strok.

Keadaan itu menyebabkan Ishak Abd Rahim, 43, terpaksa membuat keputusan berhenti kerja Mei tahun lalu bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri, Norfarahida Zainal, 43, dan anak istimewanya, Balqis Najwa, 19.

Kini menjadi rutin buat bapa kepada empat cahaya mata itu mengurusk4n isteri yang tidak lagi mampu untuk bergerak dan hilang ingatan.

“Apa yang terjadi kepada isteri sangat mengejutkan saya kerana selama ini dia tak pernah berdepan masalah kesihatan serius tapi secara tiba-tiba rebah di rumah.

“Pemeriksaan mendapati, tekanan darahnya terlalu tinggi mengakibatk4n pembuluh darahnya pecah dan sejak itu dia terus terlantar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jasmin Indah di sini pada Rabu.

Menurutnya, doktor memaklumkan pelu4ng isteri untuk pulih hanya 30 ke 40 peratus dan kini hanya berg4ntung kepada susu khas.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments