Gaji permula4n rendah antara faktor simpan4n rendah – KWSP

KUALA LUMPUR – Gaji permulaan rendah bagi mereka yang memulak4n kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada 2013, merupakan antara beberapa faktor menyumbang kepada jumlah simpanan rendah bagi, kumpulan berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai baki kurang RM10,000.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan di sini pada Khamis memaklumkan, selain itu faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara itu ialah cabaran struktur gaji, deng4n 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kur4ng dari RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang dari RM5,000.

“Caruman yang tidak konsisten disebabkan oleh ahli yang beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini, telah membuat carum4n pada 2022 manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas.

“Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta yang berada di bawah kontrak pekerjaan formal, diwajibkan untuk membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu KWSP memaklumkan, sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli daripada kumpulan umur berkenaan, telah memohon lebih daripada satu kali pengeluaran berkaitan Covid-19 dan mengeluark4n sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka.

Sehingga akhir Disember 2022, terdapat seramai 4.81 juta ahli KWSP dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun, dengan 2.17 juta daripadanya merupakan ahli aktif dan 2.64 juta ahli tidak aktif (didefinisikan sebag4i tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lepas).

KWSP dalam pada itu menyambut baik inisiatif sumbangan one-off sebanyak RM500 oleh kerajaan kepada ahli aktif dan juga tidak aktif, sebagai langkah untuk meningkatk4n simpanan persaraan ahli.

“Insentif berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembinaan semula simpanan ahli, untuk mencapai persaraan yang lebih selesa dan seterusnya membantu mengurangkan kesan berikutan perkembang4n pesat populasi menua Malaysia,” menurut kenyataan itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments