MACHANG – Seorang anak muda di Kampung Batu 31, di sini mengambil langkah berani dengan membuk4 sebuah kebun anggur pertama di Kelantan yang menempatkan lebih 50 spesies dari seluruh negara.
Kebun anggur yang dikenali sebagai Po-land Grape Machang itu diusahakan oleh Nur Taufiq Yusuf, 33, yang merupakan seorang jurugambar.
Nur Taufiq memberitahu, dia mula berjinak dengan tanam4n tersebut pada September 2021 selepas terkesan dengan penularan Covid-19.
“Tanaman anggur di Kelantan bukanlah perkara baharu, hal ini kerana ada dalam kalangan penduduk menjadikan ia sebagai hiasan dan jualan. Berbeza dengan saya apabila memilih untuk membuk4 kebun anggur pertama di negeri ini secara serius.

“Idea ini timbul selepas saya sukar untuk meraih rezeki kerana perintah kawal4n pergerakan (PKP). Pada waktu itu kamera memang disimpan kemas,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, pada awalnya dia hanya menan4m empat spesies anggur iaitu Jupiter, Black Ozark, Alfonso Lavalle dan Banana.