Nenek 16 cucu gigih angk4t tong g4s demi rezeki

IPOH – Bukan calang-calang kudrat yang ada pada diri nenek berusia 57 tahun ini apabila mampu mengangkat dan menghantar tong gas berisi petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rum4h hanya deng4n menaiki motosikal demi kelangsuang perniagaan yang menjadi mata pencariannya sejak lebih 15 tahun lepas.

 

Saparisah Abdul Rahman berkata, tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu, yang lazimnya jadi ‘hak milik’ lelaki.

“Saya terdetik untuk memulakan perniagaan ini selepas melihat adik saya mengusahakannya. Kerja saya bukan sekadar menjual malah mengangkat, menghantar dan memas4ng tong gas di rumah pelanggan.

“Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semua ada,” katanya kep4da Bernama ketik4 ditemui di rumahnya Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II di sini.

Saparisah menunggang motorsikalnya untuk menghantar tempahan tong gas di sekitar kawasan Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II, ketika ditemui Bernama. - Foto Bernama
Saparisah menunggang motorsikalnya untuk menghantar tempahan tong gas di sekitar kawas4n Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II, ketika ditemui Bernama. – Foto Bernama

Nenek kepada 16 cucu itu, yang selesa disapa Kak Zah berkata, dengan menggunakan motosikal, beliau mampu membawa tiga tong gas pada satu-satu masa bagi memenuhi tempahan pelangg4n di sekitar Taman Meru hingga Silibin dari kediamannya yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar raya.

Menurut Saparisah, walaupun ramai sedia maklum bahawa mengangkat dan menghant4r gas adalah pekerjaan lelaki, beliau memilih untuk memekakkan telinga dan terus melihat ke dep4n demi membantu keluarga.

“Apabila saya menghantar gas, ada yang tanya awak perempuan larat ke angkat tong gas. Saya senyum dah teruskan kerja. Zaman ini kita tidak boleh memilih kerja, asalkan halal dan ada minat kita bu4t sahaja.

“Sebelum ini, saya pernah kerja sebagai pembuat pasu di kilang di Jalan Kuala Kangsar, tetapi selepas kil4ng tersebut tutup saya rasa bosan dan ingin mencari rezeki bagi membantu su4mi,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments