Warg4 emas ‘mandi air mata’, 70 lembu h4nyut

SEGAMAT – Tiada apa yang dapat menggambarkan kekecewaan pasangan suami isteri warga emas selepas 70 ekor lembu ternakan mereka hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Pogoh Tengah, di sini.

Abdul Halim Yusof, 60, berkata, bukan hanya terpaksa menanggung kerugian lebih RM300,000, bahkan, apa yang membuatkan hatinya pilu ialah mengenangk4n haiwan-haiwan ternakan itu gagal diselamatkan.

Sebetulnya, ini bukan pengalaman menyedihkan buat Abdul Halim yang baru saja bersara sekitar sebulan lalu. Sebaliknya, pada 2011, dia pernah berdepan situasi yang s4ma dan hampir berputus asa apabila lebih 90 ekor ternakannya turut hanyut.

Bagaimanapun, kata Abdul Halim, kali ini pengalaman dilalui berbeza apabila air naik terlalu pant4s sehingga tidak sempat membuat sebarang persiapan dan hanya berjaya menarik keluar 14 ekor lembu ternakannya.

“Memang rasa kalau nak menangis tu bukan sekadar menangis tetapi sampai nak pengsan, namun saya terpaksa sabar dengan ujian kali ini.

“Dulu tahun 2011 pun ada banjir besar juga, tetapi sekurang-kurangnya waktu itu kami sempat buat persiapan sikit, tetapi kali ini air naik dengan sangat laju dan bukan sahaja ternakan saya h4nyut, ternakan jiran-jiran lain turut berdepan situasi sama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Ujarnya, lima daripada 14 ekor lembu yang sempat diselesaikan berada dalam keadaan kritikal berikutan terendam dalam banjir lebih 24 jam.

Katanya, dia kemudian bertindak menyembelih dua ekor darip4da jumlah berkenaan dan diagihkan kep4da orang kampung, sementara tiga ekor lagi gagal diselamatkan.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments