SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahlinya sebagai sokongan untuk membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya ambil maklum mengenai pengumum4n terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemudahan tersebut.
“KWSP ambil maklum perkara ini dan akan mempertimbangk4n semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
“Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumk4n oleh KWSP pada masa yang akan datang,” ujar kenyataan itu pada Jumaat.
Semalam, Anwar ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat memberitahu kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehk4n pencarum KWSP menggunakan wang carum4n di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Katanya, kaedah itu boleh ditawarkan kep4da mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.