Muhyiddin selesai bay4r ikat j4min RM2 juta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM2 juta di kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Sesyen di sini pada jam 11.30 pagi, Jumaat.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu melunask4n bayar4n berkenaan menerusi dua penjamin, iaitu dua anaknya.

Sebelum beredar meninggalkan kompleks mahkamah, Ahli Parlimen Pagoh mengadakan sidang media yang dihadiri puluhan media.

Hakim Azura Alwi menetapk4n jumlah itu selepas membenark4n permohonan daripada pihak pendakwaan terhadap Muhyiddin yang berdepan enam pertuduhan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.

Muhyiddin menjadi pemimpin Bersatu ketiga didakwa di mahkam4h ini atas tuduhan jenayah, selepas bekas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful didakwa di mahkamah ini, atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Pada hari sama, Adam Radlan dituduh atas dua pertuduh4n termasuk menerima rasu4h RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.

Pada pagi Jumaat, Muhyiddin didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerim4 hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments