Saya buk4n ‘kaki sapu’ duit raky4t – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sek4li lagi tampil menegaskan tidak meng4mbil sesen pun wang rakyat ke dalam poketnya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dia dituduh menyalah guna kuasa Perdana Menteri untuk mel4ntik kontraktor-kontraktor bumiputera bagi projek Jana Wibawa.

Ahli Parlimen Pagoh itu menafikan tuduhan itu kerana tidak mempunyai sebarang ku4sa untuk meluluskan projek-projek tersebut.

“Kesemua projek ini telah diluluskan oleh Kementeri4n Kewangan, mengikut peraturan dan tatacara perolehan yang sah.

“Saya juga dituduh menyalah gunakan kuasa untuk melulusk4n Rayuan Pembatalan Pengecualian Cukai oleh Yayasan Al-Bukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Saya nafikan dakwaan ini. Kelulusan rayuan pengecualian cukai ini dibu4t oleh Kementerian Kewangan dan saya tidak mempunyai sebarang ku4sa untuk meluluskannya.

“Inilah dua dakwaan yang mengakibatkan tujuh pertuduhan yang dibuat ke atas saya,” katanya dalam sidang akhbar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Muhyiddin menegaskan, pertuduhan ke atasnya dibuat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanj4ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu berkenaan tohmahan salah guna kuasa.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments