150 individu kerugi4n RM830 juta ditipu sindiket pel4buran

KUALA LUMPUR – Ditawarkan dividen yang menarik sebanyak 15 hingga 17 peratus, antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan yang memerangkap lebih 150 individu sehingga mengakibatk4n kerugian kira-kira RM 830 juta.

Individu yang mahu dikenali sebagai Rahmah, 63, berkata wang simpanan miliknya bersama suami berjumlah lebih RM1 juta lebur setelah gagal menikmati sebarang hasil sejak 2020.

“Saya bersama suami menyertai pelaburan ini setelah diyakinkan dengan kertas kerja serta prestasi syarikat tersebut yang menunjukkan data lengkap sekaligus langsung tidak menunjukkan sebarang unsur penipuan.

“Kebetulan saya dan suami merancang untuk menambahkan simpanan untuk masa depan, jadi setelah meneliti dokumen-dokumen yang ditunjukkan, kami terus menyertai pelaburan tersebut,” katanya.

Ujar Rahmah, keadaan mula berubah apabila pulangan gagal diperolehi selepas tiga bulan seperti yang dijanjikan.

“Kebetulan ketika itu sewaktu pandemik Covid-19, alasan yang diberikan adalah perniagaan mengalami kemerosotan mengakibatkan pulangan dividen para pelabur terpaksa ditangguhkan.

“Mulanya alasan demi alasan lain diberikan, namun tidak beberapa lama, syarikat terus menyepik4n diri tanpa menghantar sebarang maklum balas kepada kami,” katanya.

Lebih 150 mangsa sindiket penipuan pelaburan tampil membuat laporan di IPD Sentul di sini pada Sabtu.
Lebih 150 mangsa sindiket penipuan pelaburan tampil membuat lapor4n di IPD Sentul di sini pada Sabtu.

 

Mangsa, Hashimah(bukan nama sebenar) berkata hubungan bersama adik beradiknya retak setelah wang lebih RM300,000 lesap akibat penipuan pelaburan ini.

“Mulanya, saya didatangi seorang individu yang bertindak sebagai ejen pemasaran menawarkan pelaburan saham sebuah syarikat yang pada saya menjanjikan pulangan lumayan.

“Saya kemudian mengajak kakak dan abang saya untuk sertai, dan kami laburkan wang kami bersama dalam pelaburan ini,” katanya.

Jelas Hashimah, pulangan yang diharapkan kemudiannya tidak dapat seperti yang dijanjikan mengakibatkan hubungannya bersama kakak serta abangnya berantakan.

“Mereka memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada saya berkaitan pelaburan ini, namun saya sedih, akibat penipuan ini hubungan kami menjadi masalah.

“Sejak dividen gagal diperoleh, saya tidak lagi dihubungi oleh kedua saud4ra saya itu, saya pun tak nak jadi macam ini, saya juga mangsa, saya harap kes saya ini mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata kesemua mangsa terlibat lima jenis pelaburan yang telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat pengurusan pemasaran.

Menurut beliau, mangsa memaklumkan bahawa mereka telah diperkenalkan dengan beberapa jenis tawaran pelaburan seperti pelaburan melalui tabung amanah, pelaburan pembelian saham, pelaburan melalui short term note, dan juga penerbitan sukuk.

“Kesemua pelaburan yang ditawarkan ini melibatkan tempoh masa yang tertentu, manakala keuntungan atau dividen yang ditawarkan juga adalah sangat menarik di antara 15 peratus setahun bagi pelabur4n melalui sukuk dan pelaburan melalui tabung amanah,

“Bagi pelaburan melalui short term note,keuntungan yang dijanjikan adalah sebanyak 20 peratus sehingga ke 24 peratus setahun manakala bagi pelaburan melalui pembelian saham, dividen yang ditawark4n sebanyak 15 peratus sehingga ke 17 peratus setahun,” katanya ketika sidang akhbar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sentul di sini pada Sabtu.

Ujar Hishamuddin, masalah mula timbul apabila mangsa tidak lagi menerima bayaran dividen serta keuntungan seperti yang telah dijanjikan.

“Lebih menyedihkan lagi apabila wang pelaburan yang dilabur oleh mangsa tidak dipulangkan semula oleh syarikat-syarikat yang mengambil wang pelabur.

“Masa sama mangsa dimaklumkan bahawa pihak pengurusan pemasaran yang memasark4n skim-skim pelaburan tersebut adalah pihak yang sama yang terlibat sebagai pihak pengurusan syarik4t yang telah menerima wang-wang pelaburan pelabur,” katanya.

 

 

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments