Pelajar m4ut ditembak dep4n masjid di Pattani

PATTANI – Seorang pesakit mental menembak mati seorang pelajar perempuan dalam satu kejadian di pekarangan sebuah masjid di Pattani, Thailand.

Ketua Polis Daerah Muang Kolonel Jefferi Saimankul berkata, kejadi4n berlaku kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat, apabila suspek seorang penolong ketua kampung berusia 49 tahun, melepaskan tembakan ke arah mangsa yang sedang berbual dengan ibunya, di depan sebuah masjid di Mueang Pattani.

Beliau berkata, suspek yang berada dalam kenderaan pacuan emp4t roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu merupakan pelajar perempuan sebuah sekolah agama swasta.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang dan dada serta disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan pacuan emp4t rodanya berjaya dikesan bersembunyi di sebuah rumah saudaranya. Selepas dua jam dipujuk, suspek menyerah diri.

“Berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, polis mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental yang sedang mendapatkan rawatan dengan mengambil ubat disarankan doktor,” katanya kep4da Bernama hari ini.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan pada Jumaat. – Bernama.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments