KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Das4r Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadak4n di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok.
Penasihat program berkenaan, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, acara itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bagi menyemarakk4n kembali DPTN, akan turut dihadiri Timbalan Perd4na Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Pelancaran pelan tindakan DPTN 2.0 ini bererti kita menggerakkan semula pelan tindakan yang patut disemarakkan menerusi badan yang diberikan hak menguruskan DPTN,” katanya ketika menj4di tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.
Pada 30 Jan lepas, Ahmad Zahid berkata, DPTN 2.0 akan dilancar pada 11 Mac dan menerusi dasar itu, kerajaan mahu memastikan golongan huffaz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sebaliknya kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional untuk mereka.
Khairuddin berkata, pelancaran itu penting untuk memberi gambaran bahawa huffaz dan pendidikan negara tidak boleh dipisahkan.
“Selepas dilancarkan pada 2016, ia wujud dan bergerak tetapi sudah samp4i masa untuk kita semarakkan kembali apa yang telah digerakkan dahulu untuk kita kembangkan lagi,” katanya.
Beliau juga berkata, seramai 23,000 huffaz dari seluruh negara akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan esok bermula pada waktu Zohor dan menyempurnakan khatam al-Quran sebanyak 1,000 kali sebelum pelancaran DPTN 2.0.
Majlis Himpunan 23K Huffaz yang memasuki edisi keempat itu dianjurk4n oleh Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri.