SPRM sahkan Muhyiddin akan did4kwa lagi kes w4ng haram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dituduh Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubah4n Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatak4n Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan dituduh di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini.

Beliau berkata, pertuduhan di bawah AMLATFPUAA terhadap Pengerusi PN itu ekoran siasatan melibatkan kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) y4ng dijalankan siasatannya oleh SPRM.

“Muhyiddin akan dituduh di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini,” katanya pada Sabtu.

Azam berkata, mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda juml4h atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Dalam sidang akhbar yang dilakukan oleh Muhyiddin selepas dibebaskan oleh SPRM pada Khamis, Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan akan dikenakan tujuh pertuduhan di mahkamah.

Enam pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri itu telah dilakuk4n di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, manakala satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini.

Pada Jumaat, Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitk4n RM195 juta.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments