Banjir Lima sungai masih lepasi ar4s bah4ya

KUALA LUMPUR – Jumlah mangs4 banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor meningkat kepada 42,706 orang manakala Melaka menurun, dan Pahang serta Sarawak tidak berubah setakat petang Ahad.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kembali meningk4t kepada 42,706 orang berbanding 42,638 yang direkodkan pada 8 pagi tadi, susulan peningkatan mangsa di daerah Batu Pahat dan Muar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, seram4i 12,047 keluarga masih ditempatkan di 152 PPS yang beroperasi di empat daerah yang terjejas akibat bencana itu.

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan juml4h mangsa 39,944 orang; Muar (1,476 mangsa) ; Tangkak (949) dan Segamat (337 orang),” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan petang Ahad.

Empat sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.57meter (m); Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.59m; Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.45m) dan Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong ( 2.01m) serta Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (3.91m).

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 166 mangsa daripada 36 keluarga pada 2 petang ini berbanding 238 daripada 55 keluarga pada 8 pagi Ahad.

Sekrtariat JPBN Melaka dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat membabitkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

“Sebanyak 100 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di SK Parit Penghulu dan 57 mangsa daripada 12 keluarga di SK Batu Gajah manakala SK Sungai Rambai dan SK Parit Gantong m4sing-masing ditutup pada 9 pagi dan 11 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments