PASIR PUTEH – Dua beradik maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebu4h kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu kedua-dua mangs4 berusia 23 dan 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah di muka dan kepala.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, semasa kejadi4n kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun dalam perjalanan dari Gong Kulim menghala ke Telosan.
“Siasatan awal mendapati, setiba di lokasi pemandu kereta yang berada di laluan Kota Bharu ke Kuala Terengganu telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melangg4r motosikal jenis Yamaha EGO Solariz dinaiki dua beradik itu.
“Akibat daripada pelanggar4n itu kedua-dua wanita tercampak dan melambung ke bahu jalan arah ke Kuala Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuai4n pemandu kereta tersebut yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.