Larang4n ahli politik beri kuliah bantu redak4n suhu politik

JOHOR BAHRU – Tindakan beber4pa negeri menguatkuasak4n larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah satu platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik man4-mana individu mahupun parti.

Beliau berkata, ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk meredakan gejala ekstremis politik yang semakin meluas di negara ini sehingga berpotensi menimbulkan persepsi ketidakstabilan kerajaan sekali gus mengurangk4n kepercayaan pelabur.

“Arahan larangan yang dikenakan kepada ahli politik khususnya di kawasan masjid itu adalah satu usaha yang saya lihat dapat bantu redakan (suhu politik) dan KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) juga akan mainkan peranan untuk tingkatkan kesedaran peri pentingnya hormat undang-undang ini.

Sebab kita ke masjid untuk beribadat bukan berpolitik, jadi politik tu biarlah di luar dan jang4n salah gunakan mana-mana pentas dan ruang yang tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam bersama pengurusan dan agensi-agensi di bawah KKD di RTM Johor, di sini pada Ahad yang turut dihadiri Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Media sebelum ini melaporkan negeri Terengganu dan Perak mengumumkan larangan kepada mana-mana individu yang mempunyai keterlibatan di dalam politik untuk menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajar4n agama di masjid dan surau bagi menjaga kemuliaan institusi keagama4n daripada sebarang unsur politik.

Fahmi berkata, usaha meredakan suhu politik negara bersekali dengan membendung gejala ekstremis politik itu penting dalam memastikan kestabilan politik dan Kerajaan Persekutuan tidak diganggu.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments