Muhyiddin cab4r SPRM dakwa Anw4r, Zahid

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencab4r Suruhanjaya Penceg4han Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mend4kwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, bukan sahaja Bersatu, siasatan juga perlu dilakukan terhad4p kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO.

“Saya tak ambil rasuah walau satu sen pun. Tapi oleh ker4na kedudukan saya sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN (Perikatan Nasional) dilihat sebagai pencabar utama kepada Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi, yang kedua-duanya kita tahu menubuhkan kerajaan campuran ‘luar tabii’ PH dan BN.

“Sebab itu saya menjadi mangsa pendakwaan politik terpilih dan yang terancam. Saya nak cabar SPRM supaya siasat Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi kerana mereka berdua adalah Presiden PKR dan UMNO.

“Tanya dia, siasat dia. Daripada mana punca dana UMNO dan PKR dapat sejak z4man pertama hingga ke hari ini atau daripada manakah sumber DAP dan PH terima setakat ini? Jawab.

“Adakah tidak mereka juga menerima dana politik daripada ahli perniagaan? kat4nya ketika berucap dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM, di sini pada Ahad.

Tegas Muhyiddin, pendakwaan terhadap pemimpin Bersatu juga adalah pemangsaan politik secara terpilih yang dilakukan secara rakus.

Jelasnya, bukan sahaja akuan parti itu dibeku tetapi vendor dan pembek4l bahan Bersatu juga disiasat.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments