SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa atas pertuduh4n ketujuh di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, berhubung kes menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta, Januari tahun lalu.
Muhyiddin, 76, yang juga bekas Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
“Saya faham, tidak bersalah,” kata Muhyiddin yang hadir ke mahkam4h dengan memakai kot berwarna hitam.
Mengikut pertuduhan, Muhyiddin did4kwa selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysi4 (Bersatu), menerima wang itu daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun AmBank milik parti berkenaan.
Kesalahan didakwa dilakukan di AmBank Cawang4n Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat di sini pada 7 Januari 2022.
Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pagoh ini dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil darip4da Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Jumaat lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasu4h berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubah4n wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.