‘Tiada parti m4mpu bergerak tanp4 sokongan dana pihak lain’

KUALA LUMPUR – Tiada mana-mana parti politik di negara ini yang mampu bergerak dan membiayai parti tanpa ada sokongan dana daripada pihak lain.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyata4n itu dibuat berdasarkan pengalamannya yang sudah lebih 50 tahun dalam politik.

“Mereka (kerajaan) kata kita sahaja buat begitu. Saya sudah lama dalam politik, lebih 50 tahun. Kalau kata dana yang diperoleh itu dicari sendiri dengan berniaga, ok lah.

“Tapi, apabila kata parti mencari duit sendiri, saya yakin ia mendapat sokongan pemberian daripada pihak badan korporat, individu tertentu dan kemungkinan besar sumbangan dari luar negara.

“Jika berani, tunjuklah kerana ketika ini pertuduhan (yang dialami Muhyiddin) seolah-olah kita (Bersatu) sahaja yang lakukan. Kalau ada syarikat untung berbilion ringgit, tak apalah tetapi saya jamin ia ti4da.

“UMNO dulu ada syarikat, tetapi sekarang pun entah ke mana. Sebab itu, kalau mahu tahu kedudukan sebenar, siasat dan ia terserah kepada SPRM,” katanya pada sidang akhb3r selepas Perhimpun3n Agung Tahunan Kali Ke-5 Tahun 2022 Bersatu di Menara PGRM, di sini pada Ahad.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapan dasarnya mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, bukan sahaja Bersatu, siasatan juga perlu dilakukan terhad4p kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments