Imej terbaharu penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaim4n yang semakin kurus dan cengkung telah menarik perhatian ramai.
Menurut Yasin, berat badannya telah turun 18kg apabila menghidap penyakit tiroid ketika berada di penjara sejak November lalu. Penyanyi itu menegaskan dirinya sihat dan senang hati walaupun berat bad4n menurun daripada 66kg ke 48kg.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur apabila pihak penjara menyediak4n ubat untuk meraw4t penyakitnya dan mendapat rawatan susul4n setiap bulan.

“Apa yang penting saya tidak mahu orang membuat andaian pihak penj4ra tidak beri saya makan. Makanan melimp4h-ruah di penjara dan ramai banduan yang ‘gemuk’.
“Orang cakap saya tak cukup makan di penjara tetapi ramai bandu4n gemuk, saya saja tak gemuk. Saya juga pernah disahkan positif COVID-19 ketika di penjara.
“Ia menyebabkan saya tiada selera makan dan kurus. Itu satu pengalaman dan ini (menghidap tiroid) pengalaman lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sebutan kes atas tiga pertuduhan dad4h dihad4pinya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nik Nasim4h Nik Mohammad, hari ini.