Dua lelaki ditah4n samun guna par4ng, larikan RM10,000

ISKANDAR PUTERI – Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyamun menggunak4n parang dan melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan telah dijalankan dan suspek berusia lingkungan 40an yang terlibat dalam kejadian itu telah ditahan.

“Kita mengesan video tular itu pada Rabu, namun tangkap4n sudah dibuat pada Isnin lalu iaitu pada hari sama kejadian.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, suspek pertama ditahan pada jam 10.15 pagi di Horizon Hill dan suspek kedua pula ditahan pada jam 9 malam hari yang sama di Gelang Patah.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, suspek mengaku terbabit dalam kes yang berlaku pada jam 9.45 pagi itu dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakan mangsa menggunak4n parang,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Rahmat berkata, polis turut merampas RM10,000 yang disamun dari peniaga online, selain senjata parang dan kenderaan yang digunakan.

“Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kita percaya masih ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan jenayah suspek berkena4n. Kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan),” ujarnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments